Pengenalan:
Tasauf ertinya bersih iaitu
bersih zahir dan batin. Bersih dari segi pakain, tempat tinggal, perkataan,
perbuatan serta berish hati dari sifat-sifat tercela.
Untuk mendalami ilmu Tasuf
ini antaranya perlu membaca kita Ihya Ulumuddin karangan Imam al Ghazali.
Untuk mengamalkan ilmu
Tasauf mestilah mempunyai guru yang mursyid supaya riadhah atau amalan hati
berjalan dengan baik dan tidak mendatangkan kemudaratan.
Ibarat kata tasauf ini
seperti arus letrik berkuasa tinggi. Untuk menyalakan mentol yang kecil perlu
kepada pakar untuk menyediakan perintang yang sesuai.
Dalam ilmu Tasauf
membincangkan semua bidang ajaran Islam dari sudut kerohaniannya. Jika
berpolitik mesti dilihat dari sudut kerohanian, kerohanian dalam jual beli,
kerohanian dalam perkahwinan, kerohanian dalam kesenian.
Penghujung tasauf ialah
mengamalkan ajaran Islam dari sudut zahir dan batin secara selari. Kalau ilmu
fikah menekankan kepada zahir sahaja, tetapi tasauf menekankan zahir dan batin
secara serentak. Contohnya Rasulullah SAW berhak 1/5 daripada harta ghanimah,
tetapi banginda tidak mengambilnya.